LHDN | Mahkamah Persekutuan dengar rayuan Najib, anak pada 13 Mac

2023-01-17 0

Mahkamah Persekutuan menetapkan 13 Mac untuk mendengar rayuan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan anak lelakinya, Datuk Mohd Nazifuddin berhubung penghakiman terus terhadap mereka dalam kes tunggakan cukai pendapatan.

Perkara itu disahkan peguam Wee Yeong Kang, seorang daripada peguam yang mewakili Najib dan Mohd Nazifuddin.